Tuesday 22 December 2015

Christmas Baking 2015 (g) - Resepi Brownies Cheese

Christmas baking recipe #7:-

Resepi Brownies Cheese
Source:  Here

Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
·         115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
·         115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
·         150g (3/4 cawan) gula perang
·         2 biji telur
·         50g (1/2 cawan) tepung gandum

Bahan untuk adunan cheese:
·         1 biji telur
·         225g (1 cawan) cream cheese
·         50g (1/4 cawan) gula kastor
·         1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
1.    Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
2.    Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
1.    Panaskan oven pada suhu 160 . Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
2.    Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
3.    Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
4.    Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
5.    Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
6.    Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
7.    Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
8.    Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
9.    Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Tips:
Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Christmas Baking 2015 (f) - Resepi Lumut Cheese

Christmas baking recipe #6:-

Resepi Lumut Cheese



Bahan-bahan Kek Lumut:
450g Mentega
10biji telur
2 cawan nestum (diblend)
1 cawan tepung hongkong
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil serikaya
1/2 cawan gula kastor
200g horlick
2tbs pes pandan
pewarna hijau ikut pekat kesukaan masing-masing

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu. Sebatikan.
3. Kemudian, masukkan susu pekat, serikaya, horlick, nestum, tepung hongkong, dan pes pandan.
4. Setelah dikacau rata, masukkan pewarna hijau.
5. Bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahan-bahan untuk Cheese (pukul semua skali sehingga sebati):
500g cream cheese
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu tepung gandum

Cara2-cara:-

1.  Guna loyang 9x9, kukuskan kek lumut bahagian bawah terlebih dahulu selama sejam setengah.
2.  Kemudian, tuangkan kesemua bahagian cheese tadi.  Kukus selama sejam.
3.  Akhir sekali, tuangkan baki lumut td ke atas cheese dan kukus selama sejam setengah.



Monday 21 December 2015

Christmas Baking 2015 (e) - Resepi Biskut Nestum Rangup

Baking recipe #5:-

Biskut Nestum Rangup
Source:  Here



Bahan-bahan
  • 125 gram butter, premium Anchor butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 cawan Nestum original, kisar halus
  • 1 cawan Nestum original, tak perlu kisar
Bahan untuk hiasan:
  • Ceri merah atau hijau, hiris kecil
  • Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

Cara Penyediaan:

  1. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.
  2. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
  5. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

Tips: Pastikan anda rehatkan doh seketika, boleh juga rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit. Tidak mengapa jika doh agak melekit pada mulanya. Selepas direhatkan, doh akan menjadi lebih senang diuli.

* saya menggunakan cawan kertas kecil agar biskut tersusun lebih kemas. :)

Christmas Baking 2015 (d) - Resepi Biskut Semperit

Baking recipe #4:-

Biskut Semperit

Source:  Here


Bahan:

125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
1.  Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
2.  Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua.
4.  Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
5.  Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
6.  Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
*Boleh bahagikan doh dan letak lain-lain warna ye mengikut kreativiti masing-masing.. :)





Christmas Baking 2015 (c) - Resepi Biskut Cincin Simple

Baking recipe #3:-

Biskut Cincin Simple



Bahan-bahan
- 12oz Mentega
- 4 biji telur (direbus terlebih dahulu dan ambil kuning telur sahaja)
- 350g Tepung gandum (boleh adjust sendiri sukatan kerana bergantung dengan kelembutan adunan biskut masing-masing)
- Gula aising secukupnya untuk ditabur (boleh guna tepung susu jika mahu)

Cara-cara
1.  Kuning telur dilecek-lecek sehingga hancur (saya guna garpu)
2.  Gaul kuning telur yang telah dilecek tadi bersama mentega sehingga sebati. (saya blend guna mixer)
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat.
4.  Canai adunan, kemudian terapkan dengan menggunakan acuan biskut cincin. (saya tidak ada acuan, jadi saya bulat2kan dan tekap guna hujung garpu)
5.  Bakar selama 20mins @ sehingga masak @ 150C.  Kemudian taburkan gula aising @ tepung susu setelah sejuk sedikit.

Christmas Baking 2015 (b) - Resepi Cornflakes Madu Simple

Baking recipe #2:-

Cornflakes Madu Simple



Bahan-bahan
200g cornflakes (saya mix cornflakes size biasa dan kecil)
100g mentega
8 sudu besar madu
3 sudu gula perang @ gula biasa
cawan kertas size kecil
* Hiasan ikut preference masing-masing yer, saya hanya parutkan cooking chocolate dan letak ceri

Cara-cara
1. Panaskan kuali dengan api sederhana.
2. Masukkan mentega, gula dan madu.
3. Kacau sehingga larut dan menjadi karamel (warna menjadi gelap).
4. Dalam bekas besar, masukkan cornlakes serta larutan madu tadi.
5.  Sediakan cawan kertas size kecil.
6. Masukkan cornflakes anda menggunakan sudu mengikut kuantiti diingini.
7. Boleh hiaskan cornflakes anda mengikut kesukaan masing-masing.
8. Bakar selama 10mins di dalam oven menggunakan api atas bawah pada suhu 150C.  (Pastikan anda panaskan terlebih dahulu oven anda sebelum start baking yer..) :)





Christmas Baking 2015 (a) - Tart Nanas Gulung

Hi peeps.. I've decided to put some of my humble baking recipes for this year for future reference.

Tart Nanas Gulung
Source:  Here




BAHAN-BAHAN:

  • 150g mentega
  • 100g marjerin
  • 30g gula aising (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 300g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 30g tepung kastad
  • 1 tsb baking powder
  • 2 tsp susu tepung (jika suka)
  • saya tambahkan 2 sudu makan minyak Ghee
  • Jem nenas
Hiasan

** 2 biji kuning telur + sedikit air & setitik pewarna kuning untuk sapuan***


CARA MEMBUAT:

  1. Pukul mentega, marjerin, minyak ghee dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pukul.
  3. Masukan tepung jagung dan uli hingga doh. Ambil sedikit doh, letak dalam acuan dan picit. Letakkan jem yang sudah dibentukkan dan dibujurkan). Gulung kemas.
  4. Sapu kuning telur atasnya. Bakar selama 20 hingga 25 minit @ 150C.



Saturday 19 December 2015

The Good Dinosaur

Last weekend, we went to nearby cinema to watch this cute movie. Personally, kids and I love it.

Here is a short sypnosis of the movie:-
Luckily for young Arlo, his parents (Jeffrey Wright, Frances McDormand) and his two siblings, the mighty dinosaurs were not wiped out 65 million years ago. When a rainstorm washes poor Arlo (Raymond Ochoa) downriver, he ends up bruised, battered and miles away from home. Good fortune shines on the frightened dino when he meets Spot (Jack Bright), a Neanderthal boy who offers his help and friendship. Together, the unlikely duo embark on an epic adventure to reunite Arlo with his beloved family.

Thursday 17 December 2015

TriBaL Fashion

Tribal pattern has always been popular in fashion industry.

Come and support my sister page in Facebook.  She sells many types of Tribal fashion in different patterns that might catch your interest..






Click here to direct to the page.. >>>     CLicK Me! <3

Wednesday 16 December 2015

Baking ~ Weighing Guidelines

Festive season is coming soon...

Here are some baking weighing guidelines for yours truly self-reminder... :D

Source:  http://nizapunya.blogspot.my/2013/04/blog-post.html

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter


1 oz = 30 gm

4 oz / 1 1/4 paun = 120 gm

8 oz / 1/2 paun = 240 gm

tepung berayak: 1 cawan = 125 grams ( 500g berapa cawan adik2 )?:4 cawan ya
Beras : 1 cawan = 185 grams
nasi putih : 1 cawan = 175 grams
mentega : 1 cawan = 227 grams
minyak : 1 cawan = 224 grams