Wednesday 6 January 2016

Resepi Roti Sosej Pintal

Bahan-bahan A
1 paket yis mauripan 11g
4 sudu gula
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
(Satukan semua bahan-bahan di atas. Selepas 10 mins,anda akan dapati buih yis semakin banyak)
1 telur ayam (letak selepas 10mins kemudian).

Bahan-bahan B
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter

Bahan tambahan
Sosej (rebus terlebih dahulu)

Cara-cara
1. Pukul bahan B.
2. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit ke bahan B atau sampai doh tidak melekit di tangan.
3. Biarkan doh agar ia kembang 2 kali ganda saiznya selama sejam.
4. Kemudian tumbuk2 kan doh tadi.
5. Boleh pintalkan sosej (ni terpaksa tanya encik google yer cara nak pintal), atau boleh dbuat bun kosong biasa... untuk roti sosej pintal, anda blh hiaskan sedikit sos tomato atas topping,mayonese dan cheese atasnya..kalau malas boleh sapu jer dengan kuning telur atau mentega cair ke atas roti tadi. Biarkan doh rehat seketika..
6. Bakar selama 20-30mins @150C bgantung dengan jenis oven anda.
7. Boleh sapu semula dengan mentega cair tadi supaya roti lembut.

Selamat Mencuba!!! 😍