Monday, 21 December 2015

Christmas Baking 2015 (c) - Resepi Biskut Cincin Simple

Baking recipe #3:-

Biskut Cincin Simple



Bahan-bahan
- 12oz Mentega
- 4 biji telur (direbus terlebih dahulu dan ambil kuning telur sahaja)
- 350g Tepung gandum (boleh adjust sendiri sukatan kerana bergantung dengan kelembutan adunan biskut masing-masing)
- Gula aising secukupnya untuk ditabur (boleh guna tepung susu jika mahu)

Cara-cara
1.  Kuning telur dilecek-lecek sehingga hancur (saya guna garpu)
2.  Gaul kuning telur yang telah dilecek tadi bersama mentega sehingga sebati. (saya blend guna mixer)
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat.
4.  Canai adunan, kemudian terapkan dengan menggunakan acuan biskut cincin. (saya tidak ada acuan, jadi saya bulat2kan dan tekap guna hujung garpu)
5.  Bakar selama 20mins @ sehingga masak @ 150C.  Kemudian taburkan gula aising @ tepung susu setelah sejuk sedikit.

No comments: