Resepi Brownies Cheese
Source: Here
Bahan-Bahan:
Bahan untuk
adunan brownies:
· 115g ketulan dark coklat atau
bittersweet coklat
· 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram
(unsalted butter)
· 150g (3/4 cawan) gula perang
· 2 biji telur
· 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk
adunan cheese:
· 1 biji telur
· 225g (1 cawan) cream cheese
· 50g (1/4 cawan) gula kastor
· 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan:
Cara-cara
untuk adunan cheesecake:
1. Pukul telur di dalam mangkuk dan
tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara
untuk membuat brownies:
1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃.
Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau
parchment paper.
2. Panaskan air di dalam periuk kecil
sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan
periuk.
3. Masukkan ketulan coklat yang
dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk
dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
5. Masukkan pula telur sedikit demi
sedikit dan kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan kacau dengan
perlahan-lahan.
7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam
dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas
brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas
lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat
corak seperti marble.
8. Bakar selama 30-35 minit atau
sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk
dipotong kepada ketulan kecil.
Tips:
Sejukkan di
dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment